Kenduri kahwin..

30 01 2010

Ahad ni (31 Jan) member aku kahwin..Dia ni budak kampung aku la, tp future wife dia ni kat Teluk Panglima Garang. Aku pun tak reti nk explain mcmana Teluk Panglima Garang ni. Senang cerita, diorang ni kerja kat NEC. Mungkin ada yang tau kot tempat tu..Tapi sebenarnya, aku bukan nk cerita pasal kenduri diorang ni, sebab kendurinye belum pun lagi. Aku nak share dengan sesiapa yang ada plan nk kahwin nanti, yang nk cari photographer@videographer ke, boleh la cuba-cuba call member aku sorang ni. Dia menamakan dirinya sebagai Kazoku Studio..

Incik Kazoku Studio ni, officemate aku. Cuma berlainan department la. Beliau memang meminati dan berbakat dalam bidang ni walaupun beliau bekerja di kilang pembuatan “Pita pelekat”.. Ada lah jugak gambar-gambar yang aku attach kat dalam post ni (yang aku curik kat flickr beliau) untuk tatapan semua. Dulu kat kilang tempat kitorang kerja ni ada buat satu program, yang diberi nama “Human Error Task Force: Poka Yoke”. Aku ngan dia ni antara key-member jugak la untuk program ni. So, kitorang kena buat satu video tentang aktiviti yang dijalankan, untuk dihantar kepada parent company kat Japan. So, korang tau la kan sape yang dipertanggung-jawabkan untuk menjayakan video tersebut.. 😉

Aku ni pulak, mcm biasa la. Jakun la katakan, menyibuk je la nk jadi cameraman masa tu..haha.. Tapi ade jugak la scene yang aku capture tu (Sudah pasti incik Kazoku Studio ada dalam video tu :p) membuatkan aku kagum dengan bakat seni yang aku ada..hahaha.. Sape lagi nk puji aku kalau bukan diri aku sendiri kan :p Tapi betul, kalau korang rasa nak mencari photographer@videographer untuk majlis korang (tak semestinya kenduri kahwin je) boleh la contact member aku ni. Kalau nak tau lebih lanjut tentang siapakah & apakah yang ditawarkan oleh Kazoku Studio, boleh la korang pergi melawat beliau di blog beliau yang mempunyai theme yang sama dengan blog aku ni, di url http://kazokustudio.wordpress.com/

Apa-apa hal, korang discuss la ngan dia. Aku ni hanya membantu kawan-kawan yang mempunyai minat dan juga bakat, serta berkemampuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk korang semua. Cuma, kena cepat sikit la sebab dia ni sibuk. Untuk tahun 2010 ni je, dah banyak yang fully book dah (maklumat ni pun aku baca kat blog beliau. So jangan berlengah lagi, teruskan melawati blog beliau, sekali lagi diberikan url nya di http://kazokustudio.wordpress.com/ (Cewah macam iklan pasaraya Hari-hari plak :p)

Akhir kata, “Abadikan kenangan indah anda hanya di Kazoku Studio..” 😉

p/s: Aku xdapat komisen apa-apa pun ni, hanya seronok tengok kawan happy dengan minat masing2.. 😀





Undang-undang selipar

27 01 2010

Korang tau tak ape yang dimaksudkan dengan “Selipar” atau “Sandal” ? Kalau tau, bagus la. Kalau tak tau, xbagus la. Harini, just before aku balik dari kerja, kami (geng-geng seperjuangan) ada menerima seutus e-mail dari pihak pengurusan (Maaf nama terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan) berkaitan dengan undang-undang selipar di tempat kerja. E-mail ini bermula dengan tegas dan serius, mungkin pihak pengurusan itu sudah mula merasakan pekerja-pekerja tidak lagi mampu untuk mematuhi undang-undang selipar. Namun, apa yang pelik tentang e-mail ini, tahap ketegasan dan keseriusan itu ibarat hilang secara tiba-tiba di penghujung arahan itu. Pastikan anda membaca dan faham akan email tersebut..

Pihak pengurusan ni, meja dia dekat je ngan aku. Punya la susah aku nak tahan gelak baca e-mail ni. Aku mampu sengih je + xsabar nk tunggu dia blah sebab dah nk gelak sangat2 dah. Niat dia bagus, untuk meningkatkan disiplin dikalangan staff. Tapi, dah jadi benda lawak pulak. Mesti dia tak habis check e-mail dia ni. Tak sabar-sabar nk sent la tu, nak tunjukkan yang dia tu tegas la kot. Nasib baik kat kantin xde jual sup selipar..haha 😉





Harta dibekukan: Part 1

26 01 2010

Harini merupakan hari yang paling menguji kesabaran aku. Semuanya bermula kelmarin, 25 Januari 2010. Waktu lunch hour, aku keluar untuk hantar kereta aku gi servis kat Proton Edar ni. Sebelum ke workshop, aku singgah kat Shell untuk withdraw duit, nk buat bayar servis kereta nanti la. Sampai je kat Shell tu, aku pun terus menuju ke arah atm machine tu. Sampai je turn aku, aku pun fikir berapa jumlah nk keluarkan ni? Maklum la kan, baru je gaji. Ye la, 25hb la katakan..Aku masukkan la kad atm tu, ambik pengeluaran tunai, dan dengan selamber serta kerek ditambah pula dengan muka bangga aku tekan je “Wang Segera: Rm1000”..Dapat la aku note Rm50 20 keping..

Lepas tu, aku pun ada rasa sesal jugak la sikit2..Sebab rasa macam banyak la pulak kan. So aku pun dengan pantas membuat kira-kira dalam kepala otak dan agak-agak je berapa nk kena bayar servis kereta nanti. Aku decide nk simpan RM300, dan balance Rm700 tu nk bank-in balik dalam bank. Dah nama pun malas, kebetulan kat sebelah atm tadi tu ade plak cash deposit, CIMB la tapi..Seingat aku, memang aku ada akaun CIMB. Belek la kad atm CIMB, jumpe! Tapi ade patah sket,maklumla wallet letak kat bontot.. Dengan pantas dan kemas aku masukkan duit aku dalam cash deposit tu, total Rm700. Berjaya la sudah.. Malam tu, aku check la balance duit aku dalam CIMB ade berapa kat http://www.cimbclicks.com.my , memang ada duit yang aku masukkan siang tadi tu, cuma……

Giler kecewa aku bila aku tgk rupa-rupanya akaun aku ni dah inactive.. Memang susah hati abes la, mana tak nya, boleh bayar sebulan kereta tu dengan jumlah yang ada dalam tu. Aku pikir punya pikir, bukan aku boleh buat ape pon. So baik aku pegi je kat CIMB esok. Keesokan harinya (harini la tu), waktu yang sama iaitu lunch hour, aku pon pegi la ke CIMB terdekat untuk tanya pasal benda ni. Aku jumpa dengan customer service manager dia, dan dia cakap untuk aktifkan balik akaun ni kena withdraw duit di kaunter, dengan menggunakan “Passbook” a.k.a buku bank. Mana aku nk cekau passbook aku tu. Akaun ni aku register tahun 2004 dulu, zaman muda-muda masa belajar kat Londang. Aku argue jugak dengan customer service tu, tapi nasib baik la penjelasan dia dengan jelas dan nyata sampai aku rasa puas hati. Dekat sejam jugak aku kat dalam tu. So, nak taknak memang kena pegi la balik ke Masjid Tanah. Untuk masa sekarang ni, harta aku dalam CIMB ni nampak gayanya dibekukan la untuk sementara waktu.. *sigh*

** Untuk Part 2 nanti, aku citer plak perjalanan ke Melaka + masa aku kat CIMB sane ok! 😉





Aku dan kehidupanku…

25 01 2010

Untuk permulaan, aku rasa baik untuk aku berkongsi tentang diri aku sendiri. Secara amnya, aku ni hanya manusia yang biasa. Sorang budak melayu yang mempunyai cita-cita sendiri. Aku mendapat pendidikan awal di kampung halaman aku, sekolah kampung je.. Lepas tu alhamdulillah, result UPSR aku best dan aku dapat offer utk sekolah plak kat asrama penuh kat Kedah. Seawal umur aku 13 tahun, masa tu form 1 la, aku da mula berjauhan dengan family. Memang perit, maklumla kan masa tu pun masih budak lagi. Tapi sebenarnya, inilah permulaan untuk diri aku berevolusi menjadi yang lebih baik. Masa zaman sekolah rendah, cita-cita aku lebih banyak tertumpu pada badan-badan beruniform, mcm askar ke, polis ke, bomba ke, dan mcm2 lagi la. Tapi, bila naik je sekolah menengah, cita-cita pun jadi grand sket..Masa ni la munculnye cita-cita nak jadi doktor la, engineer la, arkitek la..

Ape yang aku nk kongsi, bagi aku cita-cita masa zaman kanak-kanak ni sebenarnya takde la melambangkan diri kita. Masa umur muda mcm tu, manela kita tau ape sebenarnya cita-cita kita tu. Betul, aku tak nafikan sekarang ni boleh dikatakan aku berjaya mencapai cita-cita aku. Tapi hakikatnye, masa aku mula-mula tanam untuk menjadi seorang professional, aku letak berdasarkan populariti je. Aku sendiri tak faham ape sebenarnya skop kerja untuk cita-cita aku tu. Tak salah untuk bercita-cita, cuma bagi aku kita kena tahu apakah sebenarnya cita-cita kita tu..(Masa tu, mesti la tugas parent & guru untuk explain kan)

Masa zaman budak-budak, xsabar rasanya nak jadi dewasa. Masa tu nampak jadi dewasa ni “cambest” jek..Tapi kita tak tau, dewasa ni bukannye mudah. Makin meningkat usia kita, makin bertambah la kita punya tanggung-jawab. Sebut pasal tanggung-jawab, bagi aku benda ni la yang paling berat untuk dipikul. Tambahan plak bagi orang yang bergelar Lelaki..Sampai satu tahap, kita kena “move-on”, mencari peluang yang lebih baik. Macam tu jugak dengan cita-cita..Tak semestinya kerjaya yang kita ada sekarang betul-betul mampu untuk menampung keperluan kita nanti. Kadang-kadang kita rasa sayang untuk tinggalkan apa yang kita dah ada sekarang, mungkin sebab kita ni dah duduk dalam “Comfort zone” dan kita taknak keluar dari situ..Tapi sape tau kan, mungkin langkah yang kita ambil tu betul dan mungkin juga salah..Ada satu quote ni aku rasa sesuai untuk aku, dan mungkin juga untuk orang lain..Mudah dan ringkas, tapi membawa maksud yang mendalam..

“Whatever you do, do it well..”

Salam.. 😉