My First Ride..

28 02 2010

Salam…

Masa aku belek-belek balik fail2 lame, gambar2 lame, aku terjumpe satu gambar ni. Memang penuh memori. Aku terjumpe gambar motosikal aku yang pertama skali. Motor ni aku beli 2nd Hand jek, tapi mmg sungguh bermakna. Kalau tak salah aku, motor ni aku beli tahun 2004. Nombor pendaftaran WJD 6738, aku beli kat Weng Kong Motor Slim River, Perak. Banyak kenangan aku ngan motor ni, terutamanya masa aku kat UTeM dulu. Motor ni la yang duk bwk aku ulang alik pegi ke kelas selama hampir 2 tahun sebelum aku tukar pakai motor lain. Dulu masa kat UTeM, 1st year duk jauh. Kat Bachang, berulang ke Ayer Keroh. Panas ke, hujan ke, redah dengan selamber..hehe.. Motor ni jugak lah yang meninggalkan kesan. Sebab masa aku kerja kejap kat Tg. Malim, penah skali aku eksiden masa perjalanan balik ke rumah. Berjahit gak lah kepala.. Motor ni jugak la aku bawak masa join Konvoi Merdeka UTeM. Dah pusing satu semenanjung tu motor ni. Memang “My Baby You” lah masa tu…hehe.. Tapi skrg motor ni dah xde, yang ada hanyalah gambarnye. .

P/S: Teringin nak bawak motor laju2.. 🙂

Yamaha 125Z - WJD 6738

Advertisements




Kad Kahwin

25 02 2010

Halo! (Nada abg Kasim)…

Kalau cerita pasal kawen, skrg ni dah mcm2 orang buat. Kalau dulu kat kampung orang buat gotong-royong, makan siap berhidang lagi. Skrg ni masih ada lagi gotong-royong tu, tp berhidang tu dah susah sangat dah nk jumpe. Lebih banyak dan lebih kerap orang buat ala buffet. Bukan ape, memudahkan tuan rumah. Xde la penat sangat kan. Ade jugak yang just order je, buat catering kata orang.Lagi la senang kan. (Haa sape2 yang nk perkhidmatan catering tu, boleh la contact saya.. :-))

Aku nak citer pasal kad jemputan kawen sbnrnya, tersasar plak tadi..hehe. Skrg ni, zaman yang dah semakin maju ni, dah macam-macam jenis kad kawen aku tgk. Ade yang sekeping, ade yang dah mcm brochure, ade yang letak gambar dan sebagainye. Yang terbaru dan menjimatkan, buat je design letak kat Facebook, pastu tag kawan2. Takpun email aje. Memang jimat abes. Masa aku jalan-jalan kat Facebook td, aku ternampak invitation card member aku. Sangat simple & stylo. Cube tgk invitation card beliau ni…

Stylo abes! Aku mmg minat giler benda yang simple & stylo ni. Kartun tu pun dah buat majlis tu jadi happy jek. “Jom kita kawen..OK!!” 😀 Ape pun, nama beliau aku rasa better utk aku rahsiakan (dah padam da pon) Sebab nak citer pasal design kad je kan..hehe..So, wedding invitation korang nanti mcmana?

Till next time.. See ya! 😉





Dalam Kenangan: Sudirman Hj. Arshad

22 02 2010

Nama Sudirman Hj. Arshad memang sudah tidak asing lagi di negara kita Malaysia. Biar yang muda, tua, tak kira bangsa Melayu, Cina, mahupun India, Allahyarham Sudirman memang sangat dikenali sebagai tokoh industri hiburan tanahair. Dilahirkan pada 25hb Mei 1954, anak jati Temerloh ini telah memenangi pelbagai anugerah di serata pelusuk Malaysia dan Asia. Antara anugerah yang pernah dimenangi oleh beliau ialah;

  • Penghibur Terbaik RTM 1977 menerusi rancangan “Lukisan Irama” terbitan Doreen Chia.
  • Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1978
  • Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1985
  • Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985
  • Persembahan Terbaik Juara Lagu TV3 1987
  • Penyanyi Lelaki Cemerlang Terbaik Anugerah Bintang Cemerlang 1987 melalui lagu Merisik Khabar
  • Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989
  • Asia’s Number One Performer 1989

Namun, hari ini genap 18 tahun pemergian Allahyarham Sudirman ke Rahmatullah, meninggalkan keluarganya, peminat, segala karya dan juga dunia seni Malaysia untuk meneruskan perjuangan yang telah lama dimulakan. Rakyat Malaysia tidak akan pernah dan tidak akan dapat melupakan Allahyarham. Setiap tahun kita akan menyambut Aidilfitri, dan setiap kali lagu Balik Kampung & Dari Jauh Ku Pohon Maaf dimainkan di corong-corong radio, nama Sudirman Hj. Arshad tidak akan pernah lekang disebut oleh penyampai radio. Tidak cukup dengan itu, Hari Bersejarah negara kita Malaysia juga tidak lepas dengan memori beliau. Lagu 31 Ogos tetap mendapat tempat di hati setiap rakyat Malaysia. Tidak lupa, lagu yang merupakan lagu kegemaran peribadaku, Warisan juga menaikkan semangat patriotik anak & bangsa Melayu, agar tidak pernah putus asa menyambung perjuangan dari yang terdahulu.

Dalam Kenangan: Sudirman Hj. Arshad

Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah..





Stop Smoking!

19 02 2010

Hai, saya merupakan seorang perokok tegar. Saya pada mulanya berazam untuk berhenti pada awal tahun 2010, namun sekarang sudah pun Februari. Masih belum terlambat untuk memulakannya. Berusaha! 🙂

5 Batang Dunhill Light Terakhirku..

MALAYSIA Smoking Statistics





Otak-otak Place

17 02 2010

Salam..

Kali ni, aku nk cerita pasal makan plak..hehe..cerita pasal makan ni memang takkan abis punye. Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas aku ngan sorang member aku ni gi la merayau-rayau kat Tropicana City Damansara. Masa jalan-jalan tu, lapar la plak. Memula cadang nk gi makan steamboat, tp cam portion dia terlalu besar kan, so xjadi la. Tu yang pegi ke Tropicana tu. Jalan-jalan sambil tgk kedai makan yang macam-macam kat sane, tersinggah la kat depan satu kedai ni. Otak-otak place namenye. Memang menarik dekorasinya, ibarat kafe masa zaman P.Ramlee dulu tu..Kitorang tak terus masuk, usha2 menu dia, dan sambung berjalan..Kedai lain mcm tak menarik je, so singgah la jugak kat Otak-otak Place ni.. (Kira mcm last resort la..) First impression, menunye menarik! Macam buku zaman skolah dulu tu..teringat abeh kenangan dulu2..hahaha..

Aku tak snap pic menu tu, tapi aku berjaya la Gugel kat seluruh alam ni untuk mencari menu kedai tersebut….

Buku sekolah or menu? Konpius...

Menu kat Otak-otak Place ni takde la pelik sangat, normal aje. Aku makan nasik lemak otak-otak, member aku (Pchal) makan assam laksa. Tp mmg worth trying la. Kitorang ade order side dish jugak, steamed otak-otak berperisa udang..hehe..Menarik! Teringat aku masa kat Melaka dulu, layan otak-otak kat pantai Klebang..phew~ Akibat terlalu khusyuk makan, aku pun terlupa untuk snap gambar banyak2..Gambar assam laksa Pchal dah tentu xde,ahahaha.. ape yang ade, aku letak kat bawah ni okek. Ape pun, worth trying la Otak-otak Place ni. Harga pun takde la mahal sangat.. 😉

Nasi lemak Otak-otak

Kalau nak tau dengan lebih lanjut ape menu yang ade disediakan tu, korang visit la sendiri website mereka ok.. Klik je kat link ni..

–> Food & Memories you Love | Otak-otak Place <–

P/s: This weekend nak gi makan tomyam best ngan Aten! 😀





Limau mandarin & Tahun baru cina..

11 02 2010

Tahun baru cina datang lagi.. Ape yang paling popular masa tahun baru cina ni? Yeszaa, buah limau! Haha naik muak sudah aku makan buah limau. Berlunggun (bahasa kedah) buah limau kat opis aku tuh. Berbagai2 vendor dan supplier menghantar buah limau, ada yang manis, ada juga yang masam. Namun ia tetap buah limau yang popular ketika tibanya tahun baru cina. Limau mandarin ni, mempunyai macam-macam khasiat. Menurut sumber daripada Hospital Bentong,

Kandungan Vitamin C yg tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis. Vitamin B nya pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan. Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru2 untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru2 dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.

Banyak betul khasiat limau mandarin ni kan. NAMUN!! AWAS!! minta semua teman dan kenalan, untuk berhati-hati ketika makan limau mandarin. Sebab kadang-kadang ade ulat kat dalam limau tuh. Xcaye tgk la gambar kat bawah ni.. (Thanx to TanyaSifu.com untuk pic ni)

P/s: Dah berpuluh bijik limau aku makan, baru la aku jumpe artikel ni. Selama ni main ngap je, xtgk pon. Tapi mana la tau kan, ulat tu berkhasiat..haha (Nak sedapkan hati sendiri) :-S





Toyota’s problems a shame for Japan

9 02 2010

Some people says that, Japanese people are the best. Xkesah la dalam bidang apa pun. Diorang ni, jadi la apa pun, kebanyakannya sukses. Buat kilang maju, jadi nelayan maju, jadi pelumba kereta maju, senang citer buat la apa pun, boleh je diorang maju. Itu pandangan sesetengah orang la. Walau macamana bagus pun diorang ni, diorang masih lagi manusia biasa je. Boleh jugak buat salah. Macam orang melayu, bukannye xbagus. Kalau keje kilang, asik2 orang melayu je yang buat salah. Orang jepun jugak yang bagus..

Tapi, tahun 2010 bukan tahun yang baik untuk negara matahari terbit ni. Toyota, yang boleh disifatkan sebagai antara pengeluar kereta terbesar dan termaju di dunia telah menarik semula kereta keluaran mereka, terutamanya Toyota Prius sebanyak 437,000 unit awal tahun ni. Semuanya kerana masalah yang kecil, yang boleh aku sifatkan sebagai kesilapan yang amat memalukan Toyota itu sendiri. Pedal minyak tersangkut pada “floor mat” dan lambat kembali ke kedudukan “idle” jika dilepaskan. Juga, brake lambat berfungsi terutamanya pada keadaan sejuk. heh! Prius tu!

Presiden Toyota cakap, masa dia bagi ucapan kat press conference haritu ” I don’t see Toyota as an infallible company that never makes mistakes “.. Bukanlah aku nk kondem Toyota, cuma nak berkongsi yang orang Melayu kita ni takde la teruk sangat. Manusia xboleh lari dari kesilapan, hanya boleh bersiap sedia daripada melakukan kesilapan. Kena terus berusaha, tekun dalam apa jua yang diceburi, dan bersungguh-sungguh serta tidak melupakan kepadaNya..

” Takkan Melayu hilang di dunia…”

Sumber dari;

http://news.yahoo.com/s/ap/20100209/ap_on_bi_ge/toyota_recall

http://news.yahoo.com/video/business-15749628/18004617