Mencari Tomyam di Malam Jumaat Kliwon..

30 03 2010

Salam…

Pekabo semua kengkawan? Dalam keadaan baik kah anda? Semuga anda sihat walafiat hendaknye..cewah..Lame tak dapat internet, macam ni la jadinye. Kali ni aku pow laptop abg aku. Terima kasih di ucapkan kepada abg kesayanganku itu, kerana sudi untuk meminjamkan laptop beliau kepadaku..hiks…

OK, kali ni aku nk cerite pasal makan. Al-maklum la, makan merupakan faveret aku kan. Biasanye aku akan cube tempat baru yang memang aku xpenah try. Kali ni aku pegi ngan buah hati lar, ngan sape lg yer tak. Lepas balik keje, aku pon bergegas untuk mandi, Aten dah tunggu dalam kete, dia naik bas dari puncak alam. Mengambil kacamata beliau yang baru di Klang Sentral..

Perjalanan kami diiringi dengan hujan yang menyebabkan kami kesejukan..Lalu menambah tahap kelaparan kami berdua. Aten dengan belagaknya mengatakan beliau masih kenyang.. :p Lokasi kedai makan yang kami nak pegi kali ni agak jauh. Sehingga ke Gombak kami berjalan, hanya untuk mencari sesuap nasik…wakakakka..Sempat jugak la beliau yang belagak kenyang tadi bertanya kat aku, “Jauh lagi ke nak sampai ni wak?”..wakakakka (memang jauh pon)

Restoran yang kami pegi ni, diberi nama Rumah Thai. Mungkin ade orang Gombak yang tau kot. Korang try la google, nanti jumpe la..Ha sambung balik citer. Sampai je kat sane, kami pon tgk2 la menu. Ade yang siap set, xpayah nk pikir2. Kami order set yang untuk 2 pax, cume aku ade buat sedikit perubahan la.. Ni gambar kat bawah ni ha makanan yang kami order….

Hah! ni dia..Antara menu2 yang kami order antaranya ialah;

  1. Tomyam songkhla (Ade ketam, ikan, udang dsb)
  2. Udang Butter
  3. Asparagus goreng
  4. Ayam pandan
  5. Minum: apple asam boi & honey dew with lychee

Memang menarik dan sungguh mengenyangkan! Korang boleh cube la, takde la mahal sangat. Total kami makan malam tu kurang lebih RM50 je. So mmg agak berbaloi. Sehinggakan selepas itu kami pulang ke rumah dengan Aten tidur nyenyak bersama air liur basi (Alasan ade ulser kat mulut) dan terbiarlah aku memandu seorang diri di dalam keheningan malam..hahaha (Jangan marah eh Aten) Hah ok la, panjang sudah aku menulis, nanti sambung lagi..Salam…

Advertisements




Hangat² Tahi Ayam..

21 03 2010

Assalamualaikum w.b.t….

Lame sudah aku tak buat entry untuk blog aku ni. Dah naik bersawang dibuatnye. Untuk pengetahuan korang, bukan aku xnk post entry, cuma sejak kebelakangan ni aku agak sibuk dengan tugas2 seharian. Di tambah pule, aku sibuk mengemas rumah untuk berpindah ke tempat baru. Tak lupe untuk aku ucapkan terima kasih kepada saudara Naz kerana sudi memberikan aku tempat untuk berlindung sementara.

Skrg ni, mungkin entry aku akan agak jarang. Sebab aku hantar balik kampung PC aku. Abang aku nak guna katenya. Jadi aku akan cuba untuk mencari pengganti PC aku dalam masa terdekat. Kurang lebih hampir 3 minggu jugak la aku tak online. Hilang lah YM, Facebook dan sebagainya. Tapi alhamdulillah aku masih boleh survive juga rupanya tanpa internet ni. Nak harap masuk internet kat opsi tu, semua nye kena block. Ape pun xboleh nk buat.

Ingin aku tekankan di sini, aku akan terus menulis di ruangan peribadi ku ini, bukan hanya sekadar “Hangat-hangat Tahi Ayam” okeh! :p Memang susah sikit, tapi aku akan cuba sedaya upaya lar untuk online. Tak lupe, aku nk ucapkan thanks jugak kat saudara Azwan, kerana sudi menyewakan sebuah bilik untukku..hehe.. Skrg ni aku dah tak risau da pasal bilik lagi. Nak pegi keje pun da dekat da..

Banyak benda aku buat sepanjang kehilangan aku kat blog ni. Ini membawa maksud banyak bendajuge lah nanti aku nak citer dan kongsi dengan korang sume. Tapi bukan untuk entry kali ni la. Entry kali ni lebih macam untuk menghilangkan gian dan men-update blog dah hampir2 nak bersawang ni. So, later aku akan bercerita kepada korang. Skrg ni nk pegi sidai kain dulu..hehe..





Kesempurnaan..

2 03 2010

Salam..

Untuk pertama kali, aku nak menulis tentang kehidupan peribadi aku. Kali ni, aku nk cerita tentang orang yang mendapat tempat dihatiku selain daripada “Blood Affair” <- Curik ayat NABHMM :p

Aku dah kenal dia lama sebenarnya, tapi kitorang mula serius dengan perkara ini sejak beberapa tahun yang lalu. Tak aku nafikan, sepanjang kitorang official ni, memang banyak sangat dugaan yang harus ditempuhi. Kebanyakannya aku la yg buat salah. Kitorang bergaduh, bertekak macam pasangan yang lain. Setiap kali bergaduh / bertekak, masing-masing emo dan ego. Tapi aku la yg kuat gile ego. Aku syg dia even kitorang gaduh, sebab lepas tu baik balik. Kadang-kadang, masa gaduh tu boleh plak jadi benda kelakar. Mcm baru2 ni, (xperlu la citer gaduh sebab pe) masa aku ngah bengang giler, bawak kete cam orang gilak, boleh plak kete aku wat lawak. Change gear tp xmasuk,wakakakaka.. Memang kelakar ar, aku sendiri pon nk gelak. Dia siap gelak, pastu pandang kat luar. Nk serius ar konon. Lepas dah ok tu, gelak sakan la kami..wahahahha..

Kelebihan dia ni bagi aku, dia sangat bertimbang-rasa dan sangat caring pasal aku. Tersentuh hatiku ini.. Even aku marah macamana pun, aku rasa aku xlengkap kalau dia xde. Dia la tempat aku mengadu masalah. Xkira la masalah keje ke, kewangan ke, dan macam2 lagi. Orang kata, masa bercinta memang indah. Betul aku tak nafikan, tapi kalau xde yang pahit, xbermakna jugak yang manis tu kan..cewah.. Setiap hari aku akan berdoa, supaya jodoh kami berpanjangan dan hati kami tabah untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Tiada seorang pun manusia biasa yang sempurna di muka bumi ni, dan salah satu tujuan dijadikan pasangan untuk kita adalah untuk saling melengkapi antara satu dengan yang lain… Doakan kami okeh!! đŸ™‚

Our "Count-up" Until Today