Racun & Penawar…

29 04 2010

Salam..

Masa kat opis tadi, melalui ruangan gosip terbesar iaitu Lotus Notes, aku ade dapat satu email. Biase la bila orang duk forward2 email kat opis kan.. (Selalunye menyemak je la).. Email kali ni, ade yang menarik perhatian aku. Menceritakan tentang islamic sket la. Menceritakan tentang racun dan penawar..Secara amnya, terdapat 5 jenis racun dan 5 penawar..

  1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
  2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
  3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
  4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
  5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Yang no. 2 tu sangat menarik perhatian aku. Bukan sebab aku tak bayar zakat, tapi sebab mencari rezeki yang halal dan berkat. Sebelum ni, aku bekerja di tempat lain yang aku rasa tak perlu aku sebutkan kat mane la. Gaji dulu rendah daripada gaji sekarang. Dulu aku hanya pakai motor, belum beli kereta lagi. Tiap-tiap hujung bulan balance duit gaji aku hanyalah tak lebih dari RM100.. Tempat keje skrg ni pun macam tu jugak. Dengan pendapatan yang lebih besar sedikit dari dulu, aku dah mampu untuk membeli sebuah kereta dan membayar ansuran bulanan. Tapi balance gaji aku masih jugak macam dulu, tak lebih daripada RM100 sebulan.

Pernah aku terpikir, adakah pendapatan yang aku dapat ni kurang keberkatannya? Kenapa susah nk cukup dibandingkan dengan orang lain yang dah berkeluarga, sara anak isteri, bayar yang sama dengan aku bayar, tapi masih mampu untuk teruskan kehidupan? Kat mane pincangnye? Pernah aku terfikir tentang keikhlasan bekerja..

Aku cuba untuk bertanya pada diri aku sendiri.. Apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ni…Sampai sekarang, aku sendiri pun tak tahu……

Advertisements




Mengidam…

27 04 2010

Sambal Tumis Petai Ikan Bilis

Terasa sangat-sangat teringin nak makan sambal tumis petai ikan bilis.. Hanya sambal petai ikan bilis dihatiku, tidak dapat ditewaskan oleh sambal petai udang…

P/s: Rindu masakan mak… (Tak sabar nak balik kampung)





Simpati atau tidak?…

25 04 2010

Salam..

Kali ni, aku nak share ngan korang semua tentang salah satu budaya yang semakin menular kat Malaysia ni. Ramai di kalangan kita, mesti selalu melepak kat mamak kan. Pernah tak masa korang lepak tu, ade individu/kumpulan yang datang kat korang untuk mintak sedekah? Mesti pernah kan..So, pendapat korang camana? Perlukah kita merasa simpati dan memberikan yang termampu kepada diorang? Membuat sedekah tu mmg la bagus, cuma kadang2 aku rasa diorang ni dah macam mengambil kesempatan dengan hospitality rakyat Malaysia. Bukan kedekut, cuma rasa macam tak ikhlas je bila nk bagi tu.

Dah ade macam2 trick dah skrg ni. Kalau dulu, diorang just duduk je kat mane2 walkway dan tunggu orang sedekah dengan menampung tangan ke, guna tin ke, guna ape2 je la. skrg ni dah mula bergerak dari kedai ke kedai. Ade jugak yang duk bawak surat sokongan la, surat pengesahan la, kad kebenaran meminta sedekah la (ade ke kad kebenaran?) dan macam2 lagi la. Semakin lame dah semakin pandai. Tp masalahnye, macamana kita nk bezakan antara peminta sedekah yang mmg betul2 memerlukan, atau yang hanya sekadar ingin mengambil kesempatan? Susah kan? Aku pernah tanya, ade sorang budak ni duk datang mintak sedekah kat aku, masa tu kat Kelana Jaya. Budak tu cakap kat aku, dia nk duit untuk makan. Dah beberapa hari tak makan. Aku kesian kat dia, aku ajak la dia makan. Budak tu leh cakap, “Xpe la bang…” So, korang rasa aku nk bg dia duit tak?

Satu lg contoh, ade la sorang mamat yang popular jugak la kat area shah alam ni. Kaki dia kudung, sian dia… Dia ade bawak surat la yang mengatakan dia mintak jasa baik orang ramai untuk bersedekah kat dia sebab dia nak beli kaki palsu. Tapi, dah bape tahun dah dia duk mintak sedekah. Xcukop lagi ke nk beli kaki palsu? Ke dia nak beli kapal terbang? Haish.. Tu la masalahnye, bila kita rasa simpati kat orang, orang pulak ambik kesempatan kat kita… Harap orang yg suka mengambil kesempatan ni sedar la.. Jangan kat Malaysia nanti ade orang mintak sedekah mcm gambar kat bawah ni sudah….





Hard Feeling…

21 04 2010

Assalamualaikum..

Jam menunjukkan tepat 8.20 minit malam. Sambil meniarap kat atas kapet yg Azwan dah vacuum ni, aku menaip entry sambil menonton televisyen yang menayangkan Buletin Utama di TV3. Kat YM mcm biase la, ade Aten yang sedang asyik main Pet Society kat FB. Harini, ade cerita kelakar & hard feeling kat opis.

Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas (Isnin) aku ade order kat sorang supplier makanan yang fofular kar Nitto Denko Materials tu. Tapi, baru hari ni dia bawak makanan tu, sebab semalam dia cuti. (Maaf nama supplier terpaksa dirahsiakan). So, agak hard feeling disitu kerana tak dapat menikmati nasik berlauk yang dijual oleh beliau.

Tapi hari ni ok, dia ade bawak la makanan yang aku order 2 hari lepas tu. Macam biase, bungkusan nasik itu adalah menggunakan kertas minyak yang kaler coklat tu. Kat bahagian luar, ade la tulis name aku “HZM”.. So, mmg merasa la harini nak makan nasik berlauk. Menambahkan lagi keindahan cerita ini, harini plak Kelab Futsal NMM (Tah official ke tak aku pun xtau) ade membuat sedekah sempena dengan kemenangan mereka dalam pertandingan yang lalu. Makan la kan, benda free jgn komplen..hehehe…

Supplier makanan yang popular td ni, assume aku taknak makan la yang dia bawak td. So, dengan tanpa rasa segan silu beliau telah menjualnya kepada orang lain.. Hard feeling aku dibuatnye, tapi apakan daya aku xmampu untuk menentang kerana masih belum membayar untuk makanan tersebut… 😦 Tapi, bila menjelma waktu petang, dia datang kat aku sambil cakap….

“Apis, nasik ade lebih tu. Ade orang tak dtg. Mu nak dop?”

Aku jawab la nak.. Kali ni, aku takkan terlepas lagi. Lalu aku membayar untuk makanan tersebut, siap dengan bayar untuk hari esok. Total semua Rm5! :p Tepat jam 5.30 petang lebih sket, aku dengan semangat membawa cawan MIROS aku tu menuju kearah pantri untuk menjamu selera. Aku masuk pantri, dan terus mencari makanan dalam kabinet tempat aku letak td. Masa tu dalam pantri ade Kak Nom ngan supplier nasik tu tengah duk rancak berbual sambil makan nasik. Cari punya cari, aku xjumpe nasik tadi. Sebelum ni, mmg ade kes org tersalah ambik nasik…Haish.. Aku pun tanye la kat diorang dua orang tu..

“Wei, sape ambik nasik aku dalam kabinet ni?”

Dengan selamber si supplier makanan menjawab..

“Aku ambik, lapar ni…”

Dengan perasaan bengang dan nada sedikit humor, aku cakap la..

“Nate beruk! Aku bayo dah tuh, makan watpe..isk..”

Serius hard feeling..Ade ke dia gi makan nasik aku yang dia jual kat aku..hadoi..mengom. Siap tak bgtau aku yang dia makan nasik tu. Leh cakap dia lupe sape punye..hahaha dem! Nasib baik la aku tak hot, aku cool… (Cam XFresh FM plak)..Sabar je la Apis…

Hard feeling aku!





Perjalanan Hujung Minggu..

18 04 2010

Assalamualaikum…

Minggu ni, aku balik kampung. Akak aku xde, dia gi jenjalan ke Langkawi bersama hubby beliau..Jadi, aku la yang akan menjadi pemandu kepada ibuku untuk ke mana-mana. Tapi, aku bukan nk citer ape yang berlaku masa kat kampung, nak citer masa perjalanan balik ke kotaraya..

Kalau korang nak tau, hari sabtu ritu aku hantar kete gi basuh. Lepas je basuh, aku terus park bawah garage dan kete tu mmg tak gerak2 pun dalam 2 hari..ngahaha.. Memang berkilat lah! Ahad petang, lebih kurang kul 5 camtu la, aku gerak ke Rasa untuk fetch Cik Fathin di rumahnya. Xsampai 10 minit perjalanan dari umah aku, hujan pun turun tanpa segan sila. Sungguh tertekan! Hilang lah segala kilatan keretaku dan paling memedihkan, xsempat aku nk berlagak ngan Aten. Cait!

Tapi kan, dalam perjalanan tu aku memang kena redah Hulu Selangor (Rasa tu dalam Hulu Selangor lah..) So, skrg ni kan tengah sibuk untuk pilihanraya kecik parlimen Hulu Selangor,so dah mula banyak orang menggantung bendera2, poster2 dan billboard parti yan bertanding. Setiap kali by election, mmg byk la kot duit yang habis. Tempat yang biasanya lengang tanpa gangguan pun jadi sesak.

Bila aku dah fecth si Aten ni, kitorang pon bergerak la menuju ke highway. Lupe lak nk bgtau abg aku pon ade, tumpang skali. Hujan punya la lebat, wiper aku dah maksimum dah. Paling jauh leh nampak pon kete depan aku jek. Aten jgn cakap ar, dah sampai ke UiTM dah dia kat belakang tu. Nasib baik kete aku leather seat, kalau tak ade la kesan air liur basi dia..wakakaka..

Alhamdulillah kami sampai dengan selamat. Tak pegi mane2 pun kali ni, just dinner kat Pelita je ngan si Aten. Lagipun Aten dah nak final exam, kena mengulangkaji pelajaran. Gambate! Semoga semester ini anda berjaya untuk mendapat Anugerah Dekan! 😀 Marilah kita mendoakan kejayaan beliau… Peace! 🙂





Marathon Exam SPA

11 04 2010

Salam..

Maaf sebab agak lambat untuk update entry kali ni. Untuk pengetahuan, pada hari sabtu haritu (10hb April) aku ade exam Perkhidmatan Awam Gred 41, yang bertujuan untuk pengambilan dalam organisasi kerajaan. Sejujurnya, aku sendirik dah lupe apa yang aku apply dulu. Tapi dalam surat yang dihantar tu, dia cakap aku di offer untuk jawatan Pegawai Kastam, Pegawai Imegresen & Pegawai Penjara.. Hahahah :p

So nak dijadikan cerita, aku ni mane la ade masa sangat nak study pasal benda nih. Tawakkal je lar. Cuma malam sebelum exam tu, melepak dengan si Azwan & Kerol kat kedai makan, diorang pon mula lar menjadi aku punya sparring partner la konon. Macam2 soalan diorang tanye sampai aku mula rasa cuak plak. Bukan setakat hal dalam negara, hal luar negara pun abes diorang tanye.

Tibanya hari sabtu, aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada saudari Aten, yang kejut aku seawal jam 6 pagi. Dengan lemah gemalai, aku bangun dan mula melayan perasaan kat dalam toilet. Aku kena exam kat Metro Inn Kajang. Dah la xpenah pegi, lagi mau lepak2.. Lepas je mandi & siap2, aku terus gerak. Lebih kurang kul 7 lar masa tu. Nak pendekkan cerita, tanpa ada sketsa sesat di jalanraya aku pun sampai kat Metro Inn Kajang tu dalam kul 8.30..Just nice kate orang.

Soalan exam ni ade macam2, tapi objektif jek. Nak melorekkan jawapan kat kertas OMR tu yang malas. Soalan takde la mencabar sangat, cuma kalau org mcm aku ni yang tak mengikuti perkembangan semasa, memang susah sket. Nak boleh survive pun masa kertas soalan matematik dia. Ade 40 soalan, kena jawab dalam masa 40 minit. Aku dapat jawab 39 soalan, 1 soalan je tak sempat. Agak hebat jugak lar :p (Org sebelah aku jawab 20 soalan jek) Tapi, kalau korang nak tau, exam ni memang menguji ketahanan lar..Rehat kejap giler, hanya sempat nk pegi kencing jek.. :p

Tapi xkesah lar ape pun resultnye, takdela meletakkan harapan yang tinggi. Perasaan ingin tahu macam mana exam SPA tu lebih tinggi. Maklumla first time kerajaan panggil kan. Kalau ade rezeki tu, ade lar. Kalau xde nak buat macamana..Betol tak? Terus lah aku bekerja di Nitto kalau xdapat mane2…Sabar lah labu…





Belajar dari Kehidupan..

7 04 2010

Salam..

Ramai di antara kita yang memang dah tau, kita hidup di dunia ni sememangnya merupakan satu dugaan. Setiap hari yang kita lalui, sudah pasti ada benda baru yang kita pelajari sama ada kita sedar ataupun tak sedar. Kebanyakan di antara kita yang boleh di kategorikan sebagai generasi baru, melalui pengalaman hidup yang hampir sama.

Kalau nak start dari zaman sekolah, memang tersangat lah panjang cerita yang nk kongsi. So better aku share sejak aku melalui zaman belajar di universiti. Setelah hampir 2 tahun aku grad dari UTeM, kadang2 memang terkenang pengalaman masa belajar dulu. Macam2 perangai orang yang aku jumpa. Dari jenis orang yang hanya memerlukan kawan di saat susah, hingga lah orang yang boleh digelar sebagai sahabat.

Tapi aku xnk cerita tentang keburukan. Lagipun tak elok kan cerita benda2 mcm tu..hehe.. Aku ingat lagi, masa zaman belajar dulu, belum ada lagi Facebook yang memang popular skrg ni. Dulu aku (dan mungkin juga korang semua) mula dengan Friendster..Masih ade lagi akaun Friendster aku, cuma dah lama giler tak bukak. Mungkin berabuk sudah..

Tapi der, aku terpikir sesuatu masa encik Kusyairi bercerita kat smoking room satu ketika dulu. Kita boleh tengok evolusi hidup kawan2 kita dengan laman2 sosial macam tu. Masa zaman kegemilangan Friendster dulu, masing2 nk letak gambar masa study. Gambar depan dewan kuliah la, gambar kat pintu pagar besar la, siap dengan jaket universiti lagi. (Utk geng2 engineering ade la jaket kot, kalau pharmacy maybe lab coat :p) Jangan dilupakan, ade jugak yang letak gambar ngan awek masa tengah tunggu wayang nak start..haha mesti ade punye lah!

Tak lama lepas tu, gambar tu pun berubah.. Bukan lagi gambar depan pagar ke, dalam kuliah ke, atau yg sewaktu dengannye lar. Tapi, semua letak gambar depan dewan, masa lepas majlis graduation. Pakai baju grad tu (ape tah namenye, malas aku nk igt) tidak dilupakan album kosong yang tak mengandungi ijazah pon, hanya logo universiti jek..(skrol blum ambik lagi masa tu). Yang paling seronok, bila tgk gambar dengan parent yang tersenyum manis bila anaknya dah berjaya bergelar graduan..best kan tgk mak ayah senyum.. 🙂

Bila dah grad, masing2 bawak haluan sendiri. Memang bersepah kawan2 ke serata pelusuk Malaysia mencari pekerjaan. Ade jugak yang bekerja kat oversea, ade jugak yang kurang bernasib baik masih lagi mencari2 peluang terbaik pekerjaan. Alhamdulillah, aku dapat job kat Shah Alam, tempat aku kerja sekarang ni. Haa time ni plak, ramai yang dah mula berhijrah dari Friendster ke Facebook. Dan yang pastinye, gambar kat tempat kerja mesti ade..kan kan? 🙂

Lepas dah habis zaman letak gambar kerja, zaman letak gambar bertunang, gambar kawen, gambar anak sulong dan sebagainya. Kalau macam aku ni, paling kuat pon boleh letak gambar anak buah jek..hhee.. Aku masih bujang okek! :p Masih menunggu “Beliau” untuk menamatkan zaman belajarnya.. Dah tak lama, aku dah nk kena pikir nk menyimpan duit, membeli rumah dah sebagainya.. Kejap je masa berlalu, dan dalam sedar tak sedar, tanggung-jawab dah menjadi semakin besar..

Ape pun, ini lah lumrah kehidupan. Walau ape pun rintangan yang dihadapi, kita tetap kena mencari jalan untuk selesaikan dan teruskan kehidupan. Masa akan terus berdetik dan takkan menunggu kita.. Apa yang penting, kita kena tabah dan teruskan kehidupan.. 🙂