From Slim River to Rasa..

30 05 2010

Salam…

Woh! This weekend sungguh menggembirakan. Rasa tak sabaq nak update blog plak. Baru ja sampai dari kampung halaman neh. Minggu ni orang cuti 3 hari, start daripada hari jumaat kliwon ritu. Cuti sempena hari wesak. Kat Malaysia ni tak kira la cuti apa pon, mesti ramai yang ambik peluang nak kawen la, balik kampung la, apa la. Suka hati depa la..hahaha..

Minggu ni gadis melayu pujaan hati pon cuti 3 hari jugak daripada prektikel beliau yang sayup di selatan tanahair tu. So, makcik dia pon na bercuti2 Malaysia kat KL. Dia pon balik la ke rumahnya syurganya itu. Hari sabtu, dengan gembiranya aku memandu Porshe Gen 2 aku tu ke Rasa, rumah mak mentua..cewahh.. (amin……..) Nak bawak anak dara sorang ni gi jenjalan sambil2 bersembang2 ngan aku.

Memandangkan masa pun tak berapa nak mencukupi, so kami kena plan nk gi mana, dan apakah tujuannya. Xleh dah nk merayau2 tak tentu arah. Maklumla, masa itu emas kan.. (dengan nada sedih) Mula2 kami gi Digital Mall 14 PJ, saja jalan2 window shopping nak tgk henset Corby. Henset target nak beli ganti henset aku yg jahanam tu la. Aten ada benda sket dia nk buat pasal henset dia, nak pasang antena kasi coverage 3G mantap..hehe..

Lepaih tu kami belasah mekdi kat situ. Lama tak melepak kat mekdi. Aku macam biasa la, ayam guring mekdi menjadi pilihan. Manakala si Aten pun macam biasa la, dabelcis burger + milo ais menjadi pilihan beliau. Pendekkan cerita, lepas ja setel semua urusan kat Digital Mall, kami bergerak ke Tropicana City Mall plak. Xde nak cari ape pon, saje jalan2. Masa tu ade jugak usha2 nak tgk Shrek, tp tak sempat da…..

Walaupun hanya seketika, namun hati ini tetap rasa gembira kerana dapat bertemu dengan beliau.. 🙂 Terubat lah seketika rindu dihati ini…cewah…





Kerana sebuah lagu…

26 05 2010

Salam…

Korang penah tak rasa macam…ade satu lagu yang korang suke dengar. Masa memula dengar korang siap leh nyanyi lagi. Tapi lepas tu, bila ingat balik lupe abeh semua. Bukan setakat xleh nak nyanyi, tajuk lagu pon xtau.. Dekat seminggu aku duk ingat satu lagu ni. Penat aku tanye sume orang, sampai la hari ni baru aku jumpe lagu tu.. Seksa sungguh! Korang dengar la, aku embed utube dia kat bawah ni. Aku suke dowh…





Puaka 25hb…

25 05 2010

Salam…

Pendekkan citer jek trus..harini gua gaji. Gaji xde la banyak mane, tapi boleh la nk membayar segal jenis komitmen yang ada. Xkesah la komitmen yang termasuk dalam kategori keperluan ke, atau yang termasuk dalam kategori saje mengade2 buat tambah hutang pon ade jugak la..

Yang paling gua xpuas hati tu, macam tau2 je nak gaji harini, malam semalam laptop plak wat masalah. Tah macamana aku pon xtau, secara tiba2 wireless aku xleh nak guna. Nak on pun tabuleh. Mengelabah biawak la aku time tu. Dah la si gadis manis menawan tengah duk tunggu nak ajak chatting sambil ber’webby’ gitu. Nasib baik gadis melayu sorang tu tak marah. Dia dah tunggu lama tu smlm, sebab semalam aku gi men badminton dulu.. (Setiap hari isnin)

So harini gaji, balik keje tadi aku pon pegi la ke PAS (Plaza Alam Sentral) untuk mencari ape2 yang patot. Niat dihati xmo repair, just nak cari aksesori je. So ade 2 benda aku cari… 1) LAN Cable, 2) Wireless dongle. Aku survey2 la harge menatang 2 jenis ni. Kabel ni aku plan kalau nk beli, nk beli yang 10 meter camtu la..Usha la sume kedai kat sane..Paling rendah pon RM18. Dongle plak, sebijik leh dapat rm40 untuk brand TP Link.

So aku pon mintak la pendapat gadis melayu. Setelah berbincang, aku pon decide la nk beli dongle. Lantak la rugi sket, tp leh guna di merata2 kan.. (Baru gaji leh ar cakap cenggitu kan..) Lagipun, bila aku pikir2 balik, dongle ni macam lebih sesuai la. Mane la tau nanti kot2 nak melepak ngan gadis melayu kat mekdi ke, mamak ke, tempat2 yang ade wifi pree tuh…Leh la aku join skali. Xde la nanti cam nyesal kan..hahaha…

So lepas tu, pe lagi..Gi makan ah! Lapar siot..Harini aku makan malam nasik beriani arab. Nasib banyak, ayam besar..Kesimpulannye aku kenyang tahap gaban lepas makan brekpes…Tapi yang paling penting, bleh chatting through skype dengan gadis melayu..lalallalaa 😀





Cerita Tentang Hujan…

20 05 2010

Courtesy of fineartamerica.com

Salam..

Sejak akhir-akhir ni, Shah Alam selalu je hujan.. Pagi masih ok, macam biasa. Bila masuk je waktu petang, langit dah mula gelap dan lepas tu mesti hujan. Nak basuh kereta pun macam pikir jugak 2 3 kali. Orang cakap hujan ni ikut musim. Ada betulnye jugak tu kan.. Ade orang yang suka bila hari hujan, laris la jualan payung dia. Tapi tauke car wash mesti tak bape nak suke..

Ramai yang kaitkan hujan ni dengan kesedihan. Bila sedih je, hari pon hujan. Korang bile sedih, korang ‘Hujan’ tak? Aku ni kadang2 ‘Hujan’ la jugak.. Bila pikir tentang nasib diri dirantauan ni (Macam lagu raya plak), bila teringat mak ayah kat kampung, memang sebak jugak la hati ni.. Hampir2 nak hujan jugak bila perasaan melayang merata-rata.

Dulu masa belajar, ade jugak belajar pasal hujan. Hujan ni boleh kita bahagikan ikut kumpulan. Yang aku ingat, hujan rintik2..hahaha :p Bila masa hujan, susah nak pikir mau makan kat mane. Biasanya malam2, bila dinner suka cari kawasan yang ‘Open Air’ jek. Xde la lemas sangat nak makan sambil layan angin malam sepoi2 bahase. Kalau hujan, sume orang berlari masuk dalam kedai. Takut basah..

Haaa dah siap pon si Azwan neh. Boleh tulis satu entry nak tunggu dia siap2, sebab nak pegi makan..wakakakka.. Tapi, nak makan kat mane ni ha? Hari hujan…. hurm…..





Ustazah Beraksi…

18 05 2010

Salam…

Baru semalam je kita meraikan sambutan Hari Guru, harini Malaysia digemparkan dengan berita tentang seorang ustazah yang terlampau dalam akhbar Kosmo. (Aku xde la gempar sangat pasal aku dah lame tau :p) Firstly aku nak mintak maaf dulu, pada sesiapa yang terasa dengan kandungan entry aku kali ni. Bukan berniat nak mengaibkan sesiapa, hanya ingin berkongsi pendapat tentang perkara ni.

Video 3GP ustazah ni bersama dengan pasangan dia (Diorang kate warden, aku pon tak tau) ade 6 episod semuanya. Mintak maaf sekali lagi, terutamanya kepada mereka yang bergelar ustazah/guru la. Profession sebagai guru ni, atau warga pendidik memang satu tugas yang mulia. Jadi kejadian yang macam ni telah mencemar nama baik guru dan mereka yang seangkatan dengannya. Tapi, kita sendiri tak pasti sama ada pompuan tu betul2 ustazah, atau hanya pemakaian dia yang membuatkan orang menyangka dia adalah seorang ustazah. Mane la tau kan kot2 dia tu keja kerani ke, keje kat kilang buat sirap limau ke, tak dapat nak dipastikan.

Aku nak sangat letak gambo ‘kejadian’ itu dalam entry kali ni, tapi xde satu pon gambar yang sesuai untuk tontonan umum..hehe..Kadang2 aku terpikir, OK fine la korang nak buat ape lantak korang la. Tapi nape la pandai sangat sampai nk kena amik video bagai. Kenangan la sangat, kalau jodoh xsampai cane? Pastu boleh plak masukkan dalam laptop. Nak jadi citer, laptop plak rosak. Hantar kat kedai repair. Hah! terbaekkk arr kan.. Tokei kedai repair laptop tu pon dapat tgk movie amatur free je. Bukan nak menggalakkan, tapi biarlah berpada2..Jangan tunjuk sangat kegersangan itu kepada orang lain.

Ha ni satu lagi, dah xde duit sangat ke si warden dengan ustazah ni. Sampai asrama pon leh jadi gak. Agak2 la bro, tempat orang menuntut ilmu tuh. Gi la check in memana yang patot. Pastu pandai lak cakap, check in kang kena rush, masuk tiwi kluar berita nanti satu kampung tengok..Maluuuu… Pandai malu, lempang kang baru tau. Bukan je memalukan diri sendiri, memalukan profession perguruan, sekolah tempat kejadian tu pon jadi malu wo…

Tah la, aku pon xtau nak cakap pe lg dah. Lagipun, aku ni pun bukannye baik sangat. Semayang 5 waktu pon duk skip sokmo… Kepada jejaka2 di luar sana (atau mungkin juga jejaki) sila lah google ape2 yang patot kalau teringin nak mengetahui isi kandungan movie amatur tersebut. Gua yakin mesti jumpe punye lah! :p





Perkhidmatan Awam Untuk Semua…

17 05 2010

Salam…

Korang masih ingat lagi tak, aku ade tulis entry pasal exam Perkhidmatan Awam yang aku ambik haritu? Haa menurut daripada apa yang tertulis dalam slip exam tu, result untuk exam tersebut boleh diketahui akan keputusannya pada tanggal 17 Mei 2010, bersamaan dengan hari ini…

So macam biase la kan, bila sampai je masa nak tengok result ni mula la cuak bagai, same je macam masa nak ambik result SPM dulu ke, result pointer masa belajar kat universiti ke, dan macam2 jenis result la. Result masa amik lesen L pun cuak gak ooo.. Tul dak? Aku ni, nak dikatakan mengharap dengan kerja gomen ni idak la, tapi kalau ade rejeki ape salahnye..ye dak?

Kat opis pagi tadi, aku pun curik2 la bukak laman web SPA ni.. Biasanya kalau website yang berkaitan dengan peluang kerja kat tempat lain, contohnya Jobstreet ke, JobsDB ke, Jenjobs ke, xkesah la ape job sekali pon, website ni akan di block oleh MIS department. Takot orang yang keje kat sini pindah tempat keje kot. Dulu lagi best, internet pon xboleh nak bukak.. (Malu siot nak cakap) Tapi xpe, tu kes lain, lain hari aku citer.

Berbalik kepada SPA tadi, lepas aku bukak je website SPA tu, dengan cuaknye aku mencari la link mane yang berkaitan dengan aku nye purpose nih. Cari punya cari, xjumpe gak. Sampai la aku nampak satu news yang seperti di bawah;

Heh, penat je aku nerbes2 nak tau result exam aku. Boleh plak diorang ni gi tunda. Suke2 hati diorang jek. Dalam hati aku duk pikir, maybe diorang ni belum habis tanda lagi kot. Takpon benda tu dah tanda, Cuma database je belom siap dsb. Tp tak kesah la, lagipun bukan aku sorang je yang ambik exam tu kan. Ramai kot yang datang, seluruh Malaysia tu..

Maknanya lepas ni kena la aku bukak website SPA ni tiap2 hari memandangkan mungkin akan ade perubahan dari masa ke semasa. Xnak jadi macam member aku yang terlepas exam haritu sebab information tu tak sampai pon kat dia. Dia hanya tau pada pagi hari exam tersebut dijalankan. Sumpah xsempat nak pegi kan. Yang penting, korang doa2 kan la aku dapat result yang baik dalam exam tersebut. Kalau dah namenye rejeki, takkan ke mana.. (Sama la cam jodoh kan? :p)

Sebagai penutup. Korang tatap lah gambar kat bawah ni. Gambar ni adalah sebahagian daripada header website SPA. Nampak sungguh meyakinkan motto mereka. :p Sekian.. (Jangan saman gua, gua hanyalah seorang manusia biasa yang tak lapuk dek hujan, xlekang dek panas terik mentari khatulistiwa..)





Selamat Hari Lahir, Jejaka Kacak! xD

16 05 2010

Salam…

Sungguh kepenatan memandu dari Shah Alam ke Kelana Jaya walaupun tak berapa jauh sebenarnya. Haaa tujuan aku ke Kelana Jaya adalah untuk lepak2 minum a.k.a ngeteh bersama dengan sahabat aku. Dia ni aku kenal lame dah, maklum la sekampung. Masa zaman sekolah dulu, pegi skolah mesti same2. Pepagi bute opah dia dah tercongok depan umah aku sebab nak hantar dia.

Ok untuk korang nye pengetahuan, harini harijadi dia. So pe salahnya kalau aku belanje dia makan ye dak. Tapi dia xtau pon aku nk wish besday kat dia. Memula aku sms dia, “Wei mat mane lu? Jom ar minum2…” Tak lame selepas tu, dia balas sms aku.. “Penat la…” Ceh, bleh plak cakap penat kat gua, ni yang gua hangin.. Xpe2, aku pon pancing la dia sket lagi..

Aku sms dia lagi, kali ni sms aku berbunyi begini.. “Jom ar, aku belanje..” Dengan sekelip mata je dia reply sms aku, tulis camni.. “Ok..” Heh, senang je nak pancing mamat ni. Ajak je makan pree mesti dia nak nye..wakakakaka… Kitorang melepak kat Syed Bistro, Kelana Jaya. Ala yang sebelah CIMB Bank tu la.. Kami berdua membelasah Beriyani Bukhara. terbaik, tapi dah tak terbaik seperti dulu lagi.. Mungkin tukang masaknye sudah pulang ke India…

Lepak tak lame, sebab hari ujan. Mamat ni dia datang ngan moto, so kena gerak awal sket. Masa nak balik tu, aku wish ar kat dia.. “Hepi besday bro.. Beriyani tu kira hadiah lu ar..” Pastu muke dia xleh blah, macam nak nangis pon ade. Mungkin tak sangka kot aku blanje dia makan di hari kelahirannye.. Ceh, dekut sangat ke aku? Hahahhaha… Anyway, kepada sesape yang nk berkenalan ngan dia, boleh la add beliau di Facebook beliau. Sila klik disini... Beliau bekerja di UIA (Nampak sudah terjamin dunia dan akhirat disitu :D) Kat bawah ni pic dia, aku curik dari FB dia..Jangan marah aaa bro.. Lastly, Happy Birthday & may God bless u bro…

Jejaka Kacak di Putrajaya