Pengawal Keselamatan a.k.a “Pak Guard”….

6 05 2010

Salam…

Kira-kira 190,000 pengawal keselamatan akan menikmati kenaikan gaji pokok antara 67 peratus hingga 75 peratus kepada RM1,100 hingga RM1,450, mulai 1 Julai depan.

Hah tudia, petikan daripada Berita Harian Online, bertarikh 23 April 2010 yang lepas. Pengawal Keselamatan a.k.a Jaga a.k.a Pak Guard ni mmg boleh la dikatakan satu pekerjaan yang sangat2 menguji ketabahan orang tu. Diorang ni kerja memang tak hengat ah, paling kurang pun 12 jam. Masa zaman darurat dulu (Aku je yang darurat sebab xde keje lagi mase tu) aku pon ade apply mintak jadi pakgad.

Tapi aku bukan nak citer pasal pakgad ni punye gaji. Aku nak citer pasal pakgad kat UiTM Puncak Alam. Seperti yang korang tau, Cik Aten tu belajar kat UiTM Puncak Alam. UiTM Puncak Alam ni lokasi dia dalam hutan, atas bukit dan agak besar ah walaupun baru Fasa 1 jek katenye si Aten. Semester ni, Aten tak bawak kete dia. So aku mmg kerap jugak la pegi jumpe dia kat sane.

Waktu melawat bagi pelawat (Mmg ah pelawat yang melawat, xkan makcik kantin plak melawat) pada hari2 biasa bermula kalau tak salah aku la, dalam kul 5 petang gitu ah dan tamat sepatutnya pada kul 8.30 malam. Aku xpernah tau sebab aku selalu sampai kat sane dalam kul 7 / 8 malam. Mmg tak penah nak ikut peraturan melawat ah aku ni senang citer. Pakgad kat UiTM ni macam dah kenal dah ngan aku, mungkin dia dah naik menyampah nak tgk muke aku kot. (Aten jangan menyampah okek!)

Pakgad ni pon manusia biasa gak la kan, dan dia mmg mempunyai kebolehan untuk mengingati.. :p Senang citer camni la, aku dan kete aku macam berevolusi ah dalam membentuk ikatan persahabatan dengan pakgad2 kat UiTM Puncak Alam tu. Masa mula2 aku datang sana, aku still mcm biasa jek. Nak masuk kena tahan kat pondok guard, kena tanya nak pegi mane ape sume, nak jumpe sape, dan kena tinggalkan pengenalan diri serta mengambil pas pelawat. Haa tu baru level yang pertama..

Level yang kedua plak, aku masih lagi kena ambik pas pelawat, tapi kalini ade citer yang berbeza sket la.. Biasanya pakgad tu akan tanya camni, “Cik nak kemana yer? No kenderaan cik?” Yang aku tersentap tu, pernah skali guard tu tanya aku no kenderaan aku, tapi dia yang jawabkan. Sebab dia dah cam da muke aku yang manis kat lesen tu..hahaha..

Tapi lama-kelamaan, pakgad ni dah mula menunjukkan perasaan menyampah diorang kat aku. Haa ni dah masuk level 3 okek. Aku masuk lalu kat pondok guard still mcm dulu. Kena tahan dan disoal jawab gak, cuma dah jarang kena ambik pas pelawat. Biasanya pakgad tu (Ramai okeh pakgad kat sane, tp ade yang aku familiar la) cakap kat aku, “Jangan lambat sangat yer encik, waktu melawat sebenarnya dah tamat” Aku pon menjawab la dengan sopan dan santun, ” Okay cik, jangan risau. Saya cuba secepat yang mungkin”

Masuk plak level ke-4, pakgad dah malas nak tanye aku macam2 da. Dia just tahan dan tanye aku nak gi mane je. Pastu dia bagi je aku jalan. (Kan aku da cakap diorang dah kenal ngan aku). Tapi yang terbaek skali ar, level ke-5 ni ha. Dari jauh pakgad tu dah suruh aku masuk je xpayah nak benti2 dah. Haa masa tu aku rasa cam aku ni keje kat UiTM plak..hahaha.. Tapi, kalau ade la boss diorang tu, nak xnak kena gak tahan. Ambik pas dan sebagainye, same macam level 1 tadi tu ha.. Biase la, boss ade kat tepi kan. Kena la tunjuk yang diorang tu berdedikasi. Ape pun, pakgad tu hanya menjalankan tugas mereka. Yang penting, keselamatan penghuni a.k.a student tu mestilah terjaga. Kalau ade yang kena tembak ke hape ke, sape yang susah? Orang politik gak yang susah nk mempolitikkan kes tu..wakaakkaa..

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: