Syawal 2010….

10 09 2010

Salam…

Syawal tiba lagi, kali ni untuk tahun 2010.. sambutan hari raya aku tahun ni tak banyak sangat beza dengan tahun2 sebelumnye. Tiap2 tahun, mak yang akan tentukan baju melayu nak warna ape. Dan tiap2 tahun jugak mak yang akan setelkan semua. Yang bestnye tahun ni, semua adik beradik beraya ‘turn’ Kg. Balun hari raya pertama.

Tahun ni duit raya untuk anak sedara pun tak banyak sgt, keadaan kewangan kurang mengizinkan. Yang penting pemberian tu kena la ikhlas kan..hehe..Seronok tgk budak2 tu dapat duit raya, teringat masa aku zaman budak2 dulu. Merayau sekampung nak kumpul duit raya sebab nak beli kereta control. Masa tu memang tengah top giler ah..hehe..

Macam biasa, Aten beraya kat umah dia lah.. Kalau tahun lepas family dia datang ke kampung aku masa kitorang buat rumah terbuke, dan seperti biasa kitorang buat laksa. Mmg favorite Aten lah tu..hehe.. Kali ni akak n mak aku dah buat laksa, duk tengah buat la tu.. Aku nk kena gi hantar la kat Aten, sambil2 mengurangkan rindu yang semakin menebal ni…hehe.. Dan kalau bleh, tahun ni nak bawak la family aku plak gi beraya kat umah Aten,,heee….

Di kesempatan ini, aku nak menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada mak dan abah, abang2 dan kakak tersayang yang banyak memberikan sokongan kepada aku sepanjang aku hidup ni. Kepada kawan2 sekampung, rakan sekerja dan juga teman2 seperjuangan yang lain, ku mohon ampun dan maaf andainya ada salah dan silap atau terkasar bahase.

Tak dilupakan kepada kekasih hati, the one and only Fathin Diyana, ku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andainya ada salah silap, ‘ter’marah, tidak menjadi teman yang memahami dan sebagainya. Kepada semua, aku akui dengan segala kekurangan yang ada dalam diri ini dan aku akan cuba untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Diharapkan bermula dari syawal 2010 ni, aku akan menjadi manusia yang lebih baik dan berguna. Aku sangat2 berharap sokongan dari korang semua, terutamanya yang rapat dengan aku untuk menegur andainya ade kesalahan diri ini. Semoga kehadiran syawal kali ini memberikan lebih banyak pengajaran, kesedaran dan semoga dapat kita perbaikan segala kepincangan yang pernah wujud. Yang lepas kita sama2 jadikan sebagai teladan…

Salam syawal.. 🙂