2011: The first entry…

27 06 2011

image

Salam!
Pergh lama sudah aku tak hupdate. Ape nk jd aku pun xtau la..hehe…

Pe cter? Skrg aku da maju setapak siot. Update entry pun da guna android jek. Maklum la, kita kena ikut perkembangan semasa…ye dak? Haaa bila da update guna fon tu, paham2 aje la.. Manade entry panjang dah der.. Sume layan pendek nye entry jek.

Aku baru je beli fon ni, saje nk blagak ngan korang…hahaha.. Ni aku sertakan pic aku bersama buah hati yg tercinta masa beli fon haritu…

Ok la, semuga berjumpa lg..tatas!
p/s: best dowh fon ni…hikhik..

Advertisements




Kesempurnaan..

2 03 2010

Salam..

Untuk pertama kali, aku nak menulis tentang kehidupan peribadi aku. Kali ni, aku nk cerita tentang orang yang mendapat tempat dihatiku selain daripada “Blood Affair” <- Curik ayat NABHMM :p

Aku dah kenal dia lama sebenarnya, tapi kitorang mula serius dengan perkara ini sejak beberapa tahun yang lalu. Tak aku nafikan, sepanjang kitorang official ni, memang banyak sangat dugaan yang harus ditempuhi. Kebanyakannya aku la yg buat salah. Kitorang bergaduh, bertekak macam pasangan yang lain. Setiap kali bergaduh / bertekak, masing-masing emo dan ego. Tapi aku la yg kuat gile ego. Aku syg dia even kitorang gaduh, sebab lepas tu baik balik. Kadang-kadang, masa gaduh tu boleh plak jadi benda kelakar. Mcm baru2 ni, (xperlu la citer gaduh sebab pe) masa aku ngah bengang giler, bawak kete cam orang gilak, boleh plak kete aku wat lawak. Change gear tp xmasuk,wakakakaka.. Memang kelakar ar, aku sendiri pon nk gelak. Dia siap gelak, pastu pandang kat luar. Nk serius ar konon. Lepas dah ok tu, gelak sakan la kami..wahahahha..

Kelebihan dia ni bagi aku, dia sangat bertimbang-rasa dan sangat caring pasal aku. Tersentuh hatiku ini.. Even aku marah macamana pun, aku rasa aku xlengkap kalau dia xde. Dia la tempat aku mengadu masalah. Xkira la masalah keje ke, kewangan ke, dan macam2 lagi. Orang kata, masa bercinta memang indah. Betul aku tak nafikan, tapi kalau xde yang pahit, xbermakna jugak yang manis tu kan..cewah.. Setiap hari aku akan berdoa, supaya jodoh kami berpanjangan dan hati kami tabah untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Tiada seorang pun manusia biasa yang sempurna di muka bumi ni, dan salah satu tujuan dijadikan pasangan untuk kita adalah untuk saling melengkapi antara satu dengan yang lain… Doakan kami okeh!! 🙂

Our "Count-up" Until Today