Senyuman menggode~ :p

12 10 2010

Salam!! xD

Lame sudah tidak update blog ni, kompom dah bersawang punye lah. Macam biasa, alasanku ialah kerana kesibukan kota..tp mmg sibuk pon skrg. Bulan OCT mmg aku sibuk, nak menghupdate product price la, every APR and OCT. Gaya menaip pon dah mcm kat opis dah…

Anyway, kali ni aku nk cerita pasal senyum.. Senyum seindah suria, yang membawa cahaya…Senyum lah dari hati, duniamu berseri~~~ Haa ni bukan nk promote iklan colgate ke hape ke tau, just nak share ngan korang. FYI, last week aku mengalami kesusahan hati yang sangat melampau.

Korang nak tau kenapa? Sebab buah hati kesayangan aku ni, henset beliau kerusakan. Jadi aku xdpt nk menghubungi beliau, xdpt nk sms, maka tidak dapatlah aku untuk berkomunikasi dengan beliau. Hanya selepas pulang dari kerjaan, berFB dan YM barulah boleh berkomunikasi…

So aku pon membuat seprais kepada beliau.Tghari waktu lunch hour keesokan harinya, aku ke Plaza Masalam. Maka dengan itu, telah membelilah aku sebijik talipon bimbit untuk beliau. Harga nya tidaklah mahal, namun seni penciptaannye begitu menarik perhatianku. Henset itu diberi name Nokia X3….

Malam itu, ku katakan kepada si dia, aku akan dtg ke Puncak Alam untuk menghantar henset. Ku katekan padanye, henset biase2 aje..yang murah2 gitu..ibarat mcm henset yang jika dilontar ke atas, maka akan jatuhlah kebawah semula tanpa mengalami sebarang kerosakan…

Malas plak nak menaip pasal mcmane seprais yg aku buat tu, bior le aku ngan Aten je yg tau.. Tp cube korang tgk pic dia kat bawah ni, menggode kan senyuman tu? Rase penat keje pon hilang wooo tgk org yg kite syg tu hepi bagai nak rak.. Punye la hepi dpt henset baru, sampai makan pon xlalu dah. Padahal sebelum tu dia yg duk sebok2 lapo..cait! :p

Wajah Kesayangan Hamba.. ๐Ÿ˜‰

Advertisements




Syawal 2010….

10 09 2010

Salam…

Syawal tiba lagi, kali ni untuk tahun 2010.. sambutan hari raya aku tahun ni tak banyak sangat beza dengan tahun2 sebelumnye. Tiap2 tahun, mak yang akan tentukan baju melayu nak warna ape. Dan tiap2 tahun jugak mak yang akan setelkan semua. Yang bestnye tahun ni, semua adik beradik beraya ‘turn’ Kg. Balun hari raya pertama.

Tahun ni duit raya untuk anak sedara pun tak banyak sgt, keadaan kewangan kurang mengizinkan. Yang penting pemberian tu kena la ikhlas kan..hehe..Seronok tgk budak2 tu dapat duit raya, teringat masa aku zaman budak2 dulu. Merayau sekampung nak kumpul duit raya sebab nak beli kereta control. Masa tu memang tengah top giler ah..hehe..

Macam biasa, Aten beraya kat umah dia lah.. Kalau tahun lepas family dia datang ke kampung aku masa kitorang buat rumah terbuke, dan seperti biasa kitorang buat laksa. Mmgย favoriteย Aten lah tu..hehe.. Kali ni akak n mak aku dah buat laksa, duk tengah buat la tu.. Aku nk kena gi hantar la kat Aten, sambil2 mengurangkan rindu yang semakin menebal ni…hehe.. Dan kalau bleh, tahun ni nak bawak la family aku plak gi beraya kat umah Aten,,heee….

Di kesempatan ini, aku nak menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada mak dan abah, abang2 dan kakak tersayang yang banyak memberikan sokongan kepada aku sepanjang aku hidup ni. Kepada kawan2 sekampung, rakan sekerja dan juga teman2 seperjuangan yang lain, ku mohon ampun dan maaf andainya ada salah dan silap atau terkasar bahase.

Tak dilupakan kepada kekasih hati, the one and only Fathin Diyana, ku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andainya ada salah silap, ‘ter’marah, tidak menjadi teman yang memahami dan sebagainya. Kepada semua, aku akui dengan segala kekurangan yang ada dalam diri ini dan aku akan cuba untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Diharapkan bermula dari syawal 2010 ni, aku akan menjadi manusia yang lebih baik dan berguna. Aku sangat2 berharap sokongan dari korang semua, terutamanya yang rapat dengan aku untuk menegur andainya ade kesalahan diri ini. Semoga kehadiran syawal kali ini memberikan lebih banyak pengajaran, kesedaran dan semoga dapat kita perbaikan segala kepincangan yang pernah wujud. Yang lepas kita sama2 jadikan sebagai teladan…

Salam syawal.. ๐Ÿ™‚





Selamat Hari Lahir, Aten :)

23 08 2010

Salam..

Hari ni, tanggal 23 Ogos 2010 genaplah 21 tahun usia gadis comel yang sangat senang dengan panggilan manja beliau “Aten”.. Dalam sedar tak sedar, dah masuk dalam golongan dewasa kamu ye Aten..hehe.. Tapi masih jauh lagi perjalanan yang harus ditempuhi, yang paling dekat ialah kena selesaikan dulu tugas ‘study’ yang masih belum selesai tu.

Birthday dia jatuh hari isnin, hari aku kerja & hari dia ade kelas+lab+diskusi yang mungkin akan tamat lewat malam. Aku plak, mungkin balik lambat. Kalau balik awal pun, xtau la kul bape nak sampai Puncak Alam tu memandangkan keadaan jalanraya yang jem giler kat Bukit Jelutong, menghala ke Batu Arang tuh.

Jadi aku celebrate awal sket ngan dia. Semalam (ahad) aku berbuka ngan dia kat Restoran Ramai. Dekat2 ngan area Setia Alam/Klang sane tuh. Kitorang makan nasik, udang pedas, tomyam seafood, kailan ikan masin, kerabu, dan telur dadar jek..Tu pon sampai kembung dibuatnye. Yang si Aten plak, siap mintak nasik tambah lg.. :p

Ape pun, di hari yang indah ni aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir yang ke 21 kepada buah hatiku yang tercinta, Fathin Diyana. Aku mohon ampun dan maaf andainya ada kata2, tingkah laku, perangai buruk/baik yang secara langsung atau tidak menyinggung perasaan. Kadang2 emosi aku ni tak stabil jugak, nak ikut cakap sendiri jek..

Aten + Juadah Berbuka





Selamat Pagi! xD

11 08 2010

Salam…

Lame sudah aku tak update blog ni. Nak bagi alasan sibuk keje kang, macam tak betol je kan. So lebih baik la jujur je. Sbnrnye, aku malas nak taip. Banyak benda nak cerita, banyak benda nak tulis, tapi tahap kemalasan tu mengatasi segalenye.

Pagi ni rase nak menulis, so aku tulis je la. Sambil2 menunggu azan subuh berkumandang pada 1 ramadhan ni kan. Tadi aku sahur megi goreng je kat kedai mamak depan umah. Sempat jugak la ber’sms’ ngan akak aku kat kampung. Tanye dia sahur ape je. Dia jawab, ” Lauk biase2 je, ayam goreng ngan ikan sambal..” Perghh mantap siot diorang sahur..hehe..

Each year, tiap kali bulan puase je, mesti aku terigt. Dulu masa kat kampung, zaman sekolah rendah dulu, sahur satu family mmg best. Masa ni abang2 aku semua belum lagi hijrah ke KL la. Sahur biasenya mak aku akan masak sedap2 baekkk punye. Tapi bila bangun tido, aku sorang je yang mkn. Yang lain tgk aku mkn sambil minum air segelas dua jek..hehe..Lepas je aku abes mkn, semua pun masuk tido balik. Bangun sahur mmg semata-mata nak tgk aku mkn agaknye..

Pejam celik kejap je dah masuk bulan puasa balik. Cepat betul masa berlalu..Ok la, sok sambung plak..





Ahad yang panas, minggu yang menggembirakan..

13 06 2010

Salam…

Lame giler tak update blog, dah naik berabuk dah. Macam biasa la, excuse sebab busy la kunun..hehe.. Anyway, bukan taknak update, cuba perasaan nak menulis tu tak berapa nak ade semenjak dua ni. Harini, rasa cambest plak kalau update blog..hiks..

Ok kali ni aku nak cerita pasal 1515 aku. Ape lg kalau bukan kereta buatan Malaysia aku tu la. Semalam aku gi family gathering belah mak aku kat Saujana Utama Sungai Buloh. Sebelum gi sane, aku gi ambik akak ipar aku dulu kat Meru. Dah xjauh la kan. Cuma yang menjadi masalahnye, ade pulak tanah merah yang sangat banyak on the way menuju ke rumah beliau…ahh tekanan.

Aku dah niat da nak basuh kete sebelum pegi tu, nasib baik la aku tak basuh. Kalau tak, mesti bertambah tertekan la aku dibuatnye. Mmg superb sangat la kete aku lepas ke sane. Dah macam kete rally dah aku tgk. So, memandangkan harini Shah Alam sungguh panas, lalu aku pun hantar la kereta aku untuk dibasuhi. Sekarang, beliau sudah cantik seperti sediakala. Terima kasih Cuci-cuci! :p

Ok enough pasal kereta, ada lg cerita yang menggembirakan yang aku alami dalam minggu ni. Gadis menawan hatiku itu sudah pun menerima result peperiksaan beliau. Aku mmg agak particular sket la pasal study dia neh. Maklum la, aku taknak dia jadi macam aku. Graduate sekadar cukup makan jek. Nasib baik la ade jugak orang nak ambik aku ni bekerja.

Masa musim exam haritu, aku akui Aten memang sangat2 la study hard. Kitorang target, this time mesti usaha untuk dapatkan Dean List (3.50 and above la tu). Aku ni hanya menjadi pemberi semangat dan tempat mengadu, the rest Aten yang teruskan dengan titik peluh, semangat membara dalam diri dia la. Ala macam lagu Faizal Tahir tu, “gemuruh jiwa semangat membara, dari puncak ingin ke angkasa..bla bla bla..”

Result Aten so much improved, and i’m very deeply glad proud with her! Haa cuba la bayangkan betapa hepinye aku..hiks ๐Ÿ˜€ Cuma, Tuhan masih lagi mahu Aten berusaha dengan lebih gigih lagi. Dan aku yakin, beliau mampu untuk melakukannya. Kena step by step. Tak banyak pun, sikiiitttttttttttt je lagi nak dapat dean list. Aten, sabar ye. Saya faham anda sedikit frust… Don’t worry, sy masih disini sebagai ‘pom pom boy’ anda.. ๐Ÿ˜€

Last semester, agak tight sekali schedule beliau. Tekanan yang dirasakan juga begitu tinggi. Bukan senang nak study benda yang banyak kita nak hafal. Bukan senang nak study dalam bidang Pharmacy ni, banyak sungguh dugaan. Dengan nk kena pegi hospital lagi, research lagi, kuliah lagi, homework lagi, jumpe pakwe lagi, mmg nak kena organize masa dengan betul.

Masih ade lagi 2 semester untuk kita usahakna dean list itu. Dan kali ni, kita akan buat yang lebih baik daripada yang sebelumnye. Ok Fathin ku? ๐Ÿ™‚ Cepat2 la balik ke KL, kita pegi makan Subway & nasik kandaq okek! Teringat aku dengan ayat yang penah cikgu aku cakap masa zaman sekolah menengah dulu..

“Tetapkan sasaran anda setinggi bintang-bintang di angkasa kerana walau ia jatuh sekalipun, ia akan jatuh di atas gunung yang paling tinggi..”





Jun bersejarah…

7 06 2010

Salam..

Lame sudah aku tak update blog neh..Maklum la kan, sibuk sket la sejak kebelakangan neh. Banyak sungguh kerja nak kena buat. Daripada kerja yang memang aku nak kena buat, sampai la keje yang aku xpatot buat pun aku buat jugak. Nak buat macamana, nama pun mencari rezeki yang halal, hadapkan aje la…

Macam biasa, bila weekend je aku balik kampung la, jumpe mak ayah. Rindu la katekan. Cuma this week, agak berbeza sket. Minggu ni mak aku menyambut hari kelahiran beliau yang ke-?? :p rahsia.. Mak aku muda lagi okek! hehe.. So kitorang adik beradik ade la plan nak buat makan2 sket..Sebelum2 ni, just makan kat luar jek. This time nak buat barbeku.

Anak buah aku sorang pon ade lahir bulan Jun jugak, so buat sekali jek. Hari sabtu malam majlis tu kitorang nak buat. Buat kecil-kecilan jek. Just between family and beberapa kenalan rapat akak aku. Sabtu tu, aku bersama akak aku menyediakanlah barang2 yang sepatut nya. Aku mencuci ayam dan memerapkan ayam tersebut. Abg aku yang membeli ayam terbabit. Semua wing, senang citer. Sape tak makan wing, xyah makan..huahua..

Majlis tu takde la besar mane, tp meriah. Siap ade sesi karaoke lagi tu..hehe.. Aku nak je upload sume gambar, tp macam akan memakan masa yang lama jugak kan. So kat bawah ni aku just letakkan pic kek je la eh..hepi! xD

Love shape cake! (Love u mom!)





From Slim River to Rasa..

30 05 2010

Salam…

Woh! This weekend sungguh menggembirakan. Rasa tak sabaq nak update blog plak. Baru ja sampai dari kampung halaman neh. Minggu ni orang cuti 3 hari, start daripada hari jumaat kliwon ritu. Cuti sempena hari wesak. Kat Malaysia ni tak kira la cuti apa pon, mesti ramai yang ambik peluang nak kawen la, balik kampung la, apa la. Suka hati depa la..hahaha..

Minggu ni gadis melayu pujaan hati pon cuti 3 hari jugak daripada prektikel beliau yang sayup di selatan tanahair tu. So, makcik dia pon na bercuti2 Malaysia kat KL. Dia pon balik la ke rumahnya syurganya itu. Hari sabtu, dengan gembiranya aku memandu Porshe Gen 2 aku tu ke Rasa, rumah mak mentua..cewahh.. (amin……..) Nak bawak anak dara sorang ni gi jenjalan sambil2 bersembang2 ngan aku.

Memandangkan masa pun tak berapa nak mencukupi, so kami kena plan nk gi mana, dan apakah tujuannya. Xleh dah nk merayau2 tak tentu arah. Maklumla, masa itu emas kan.. (dengan nada sedih) Mula2 kami gi Digital Mall 14 PJ, saja jalan2 window shopping nak tgk henset Corby. Henset target nak beli ganti henset aku yg jahanam tu la. Aten ada benda sket dia nk buat pasal henset dia, nak pasang antena kasi coverage 3G mantap..hehe..

Lepaih tu kami belasah mekdi kat situ. Lama tak melepak kat mekdi. Aku macam biasa la, ayam guring mekdi menjadi pilihan. Manakala si Aten pun macam biasa la, dabelcis burger + milo ais menjadi pilihan beliau. Pendekkan cerita, lepas ja setel semua urusan kat Digital Mall, kami bergerak ke Tropicana City Mall plak. Xde nak cari ape pon, saje jalan2. Masa tu ade jugak usha2 nak tgk Shrek, tp tak sempat da…..

Walaupun hanya seketika, namun hati ini tetap rasa gembira kerana dapat bertemu dengan beliau.. ๐Ÿ™‚ Terubat lah seketika rindu dihati ini…cewah…