Ahad yang panas, minggu yang menggembirakan..

13 06 2010

Salam…

Lame giler tak update blog, dah naik berabuk dah. Macam biasa la, excuse sebab busy la kunun..hehe.. Anyway, bukan taknak update, cuba perasaan nak menulis tu tak berapa nak ade semenjak dua ni. Harini, rasa cambest plak kalau update blog..hiks..

Ok kali ni aku nak cerita pasal 1515 aku. Ape lg kalau bukan kereta buatan Malaysia aku tu la. Semalam aku gi family gathering belah mak aku kat Saujana Utama Sungai Buloh. Sebelum gi sane, aku gi ambik akak ipar aku dulu kat Meru. Dah xjauh la kan. Cuma yang menjadi masalahnye, ade pulak tanah merah yang sangat banyak on the way menuju ke rumah beliau…ahh tekanan.

Aku dah niat da nak basuh kete sebelum pegi tu, nasib baik la aku tak basuh. Kalau tak, mesti bertambah tertekan la aku dibuatnye. Mmg superb sangat la kete aku lepas ke sane. Dah macam kete rally dah aku tgk. So, memandangkan harini Shah Alam sungguh panas, lalu aku pun hantar la kereta aku untuk dibasuhi. Sekarang, beliau sudah cantik seperti sediakala. Terima kasih Cuci-cuci! :p

Ok enough pasal kereta, ada lg cerita yang menggembirakan yang aku alami dalam minggu ni. Gadis menawan hatiku itu sudah pun menerima result peperiksaan beliau. Aku mmg agak particular sket la pasal study dia neh. Maklum la, aku taknak dia jadi macam aku. Graduate sekadar cukup makan jek. Nasib baik la ade jugak orang nak ambik aku ni bekerja.

Masa musim exam haritu, aku akui Aten memang sangat2 la study hard. Kitorang target, this time mesti usaha untuk dapatkan Dean List (3.50 and above la tu). Aku ni hanya menjadi pemberi semangat dan tempat mengadu, the rest Aten yang teruskan dengan titik peluh, semangat membara dalam diri dia la. Ala macam lagu Faizal Tahir tu, “gemuruh jiwa semangat membara, dari puncak ingin ke angkasa..bla bla bla..”

Result Aten so much improved, and i’m very deeply glad proud with her! Haa cuba la bayangkan betapa hepinye aku..hiks ๐Ÿ˜€ Cuma, Tuhan masih lagi mahu Aten berusaha dengan lebih gigih lagi. Dan aku yakin, beliau mampu untuk melakukannya. Kena step by step. Tak banyak pun, sikiiitttttttttttt je lagi nak dapat dean list. Aten, sabar ye. Saya faham anda sedikit frust… Don’t worry, sy masih disini sebagai ‘pom pom boy’ anda.. ๐Ÿ˜€

Last semester, agak tight sekali schedule beliau. Tekanan yang dirasakan juga begitu tinggi. Bukan senang nak study benda yang banyak kita nak hafal. Bukan senang nak study dalam bidang Pharmacy ni, banyak sungguh dugaan. Dengan nk kena pegi hospital lagi, research lagi, kuliah lagi, homework lagi, jumpe pakwe lagi, mmg nak kena organize masa dengan betul.

Masih ade lagi 2 semester untuk kita usahakna dean list itu. Dan kali ni, kita akan buat yang lebih baik daripada yang sebelumnye. Ok Fathin ku? ๐Ÿ™‚ Cepat2 la balik ke KL, kita pegi makan Subway & nasik kandaq okek! Teringat aku dengan ayat yang penah cikgu aku cakap masa zaman sekolah menengah dulu..

“Tetapkan sasaran anda setinggi bintang-bintang di angkasa kerana walau ia jatuh sekalipun, ia akan jatuh di atas gunung yang paling tinggi..”


Actions

Information

One response

29 07 2010
Khairul

aku tiap2 hari doakan wife aku excel lah study. tp penat2 aku doa…lepas dpt dekan list, bleh eksen dgn gua. cis cis cis … asal dia hepi gua pun hepi

woit btw…aku bukak blog baru sbb blog lama suma posting ilang waktu aku main2 dgn html dia…padan muka

Leave a comment